
Kota Kinabalu: Penjara Wanita Sabah menjadi penjara pertama di negara ini melaksanakan Program Wanita Bangkit Bersasar (WBB) yang bertujuan membantu bekas banduan wanita menjalani kehidupan lebih baik selepas keluar daripada penjara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia merupakan projek rintis yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Penjara Malaysia.
“Melalui program ini kita menyasarkan wanita yang berbakat dalam menjalankan perniagaan, tetapi tidak boleh keluar rumah disebabkan kekangan tertentu seperti menjaga anak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perlaksanaan program berkenaan di Anjung WBB YKN Sabah di sini, Selasa.
Beliau berkata YKN dan Jabatan Penjara Malaysia turut menyediakan anjung itu sebagai tempat bagi banduan wanita untuk menjana pendapatan, menerusi kemahiran yang dipelajari semasa menjalani hukuman.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Bagi projek rintis ini, Anjung WBB YKN Sabah akan beroperasi di Taman Olivia, Penampang Kota Kinabalu, dan ia dapat menempatkan 10 orang penghuni wanita pada satu-satu masa.
“Saya berharap dengan adanya program ini, banduan ini dapat dibantu untuk menjana pendapatan apabila dibebaskan kelak serta diintegrasikan ke dalam masyarakat,” katanya.
Beliau berkata sebelum ini pihaknya telah melawat Penjara Wanita Kajang untuk melaksanakan program berkenaan namun penjara itu didapati tidak sesuai, di samping perlu mengambil kira beberapa faktor tertentu.
Nancy berkata bagaimanapun bagi fasa permulaan program ini, pihak kementerian melalui YKN telah mengambil inisiatif untuk memasarkan dan mempromosikan produk makanan sejuk beku hasil keluaran penjara Wanita Kajang melalui platform kiosk Kasih YKN yang disediakan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
