Penjawat Awam Baharu Tidak Lagi Berpencen, Perlu Carum KWSP -TPM

LocalPolitics
25 Jan 2024 • 12:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dasar baru pengambilan akan dilaksana tahun ini

Memetik laporan dari Bernama, Ahmad Zahid berkata yang dasar baharu pengambilan itu akan dilaksana tahun ini dengan perinciannya diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

image is not available

Penjawat Awam baharu tidak berpencen, carum KWSP

Beliau memaklumkan yang Mesyuarat Kabinet dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari turut menyatakan terdapat kekeliruan daripada kenyataan bahawa pengambilan baharu penjawat awam adalah jawatan kontrak.

“Ia tidak bermaksud begitu, ia kontrak untuk tempoh singkat sebelum Kabinet luluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen.

“Mereka akan carum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan kerajaan beri sumbangan seperti lazim dilakukan pada petugas swasta,” katanya.

image is not available

Penjawat awam baharu tidak berpencen, kerajaan tanggung bayaran pencen cecah RM120 bilion

Ahmad Zahid juga memberitahu yang tanggungan kerajaan untuk bayaran pencen akan mencecah RM120 bilion pada 2040 sekiranya pengambilan tetap bagi penjawat awam diteruskan.

“Penjawat awam sedia ada diteruskan iaitu tetap dan berpencen… saya ingin jelaskan bahawa yang baharu sahaja (terlibat),” katanya.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Terdahulu, media melaporkan kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenal bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Sumber: Bernama