Penjawat awam belanja berhemah, jangan buat hutang baharu

5 May 2024 • 7:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KEHIDUPAN hari ini dilihat kian mendesak apabila kos sara hidup semakin meningkat dan menjadi beban kepada kebanyakan masyarakat.

Namun kita juga perlu menyedari dan menerima hakikat bahawa keadaan ekonomi akan lebih mencabar menjelang hari-hari mendatang.

Salah satu cara yang boleh rakyat lakukan bagi mempersiapkan diri menghadapi keadaan tersebut dengan belanja berhemah iaitu memberi keutamaan kepada keperluan asas dan tangguhkan perbelanjaan yang kurang diperlukan serta elakkan diri untuk menambah hutang.

Bagi penjawat awam khususnya, susulan pengumuman kenaikan gaji lebih 13 peratus dibimbangi akan menyebabkan lebih ramai kumpulan itu membuat hutang baharu disebabkan kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman.

Elakkanlah membeli barangan secara kredit dan cuba tangguhkan atau batalkan niat untuk menambah hutang baharu seperti kereta dan sebagainya.

Sebaliknya tumpukan perbelanjaan kepada perkara utama sahaja buat masa ini seperti pendidikan, kesihatan dan keperluan asas.

Jika kehidupan terlalu mendesak, berusahalah menjana pendapatan sampingan kerana ia mampu membantu mengurangkan bebanan hidup yang terpaksa ditanggung.

Buatlah pilihan betul dengan mengutamakan keperluan berbanding keinginan memiliki benda baharu yang boleh memberi kesan kewangan kepada diri sendiri.

Sebaiknya utamakan simpanan tabung kecemasan, sekurang-kurangnya boleh menampung keperluan tiga ke enam bulan gaji.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved