Penjawat awam cemas rumah ditembak

8 Jul 2023 • 6:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Sebuah keluarga di Kampung Guntong, Kok Lanas, di sini berdepan detik cemas apabila rumah mereka dihujani tembakan dari individu tidak dikenali, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan hari ini berkata polis menerima laporan mengenai kejadian yang melibatkan kediaman seorang penjawat awam lelaki itu pada pukul 11.59 malam.

Beliau berkata susulan pemeriksaan, polis menemukan beberapa kesan tembakan pada rumah itu serta pada kenderaan berhampiran.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Mohd Ridhuan Ismail dengan menelefon 019-2454224 atau 09-7752200, atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.-Bernama