Penjawat awam di Johor terima bonus dua bulan gaji

LocalPolitics
21 Nov 2024 • 12:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Onn Hafiz ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Khamis.

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor mengumumkan insentif khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada kira-kira 17,704 penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Khamis.

Jelasnya, pemberian bantuan khas kewangan tersebut turut diberikan kepada kakitangan kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

"Semoga insentif ini menjadi motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Bangsa Johor," katanya.