Penjawat awam digesa bantu kerajaan realisasi inisiatif pendigitalan

18 Feb 2024 • 2:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Anggota perkhidmatan awam digesa untuk membantu kerajaan merealisasikan inisiatif pendigitalan Kerajaan Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong berharap agar semua warga perkhidmatan awam, terutamanya Jabatan Ketua Menteri (JKM), dapat merealisasikan dan mendukung usaha inisiatif pendigitalan dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Ini adalah selaras dengan pelaksanaan inisiatif Digitalization ke era ‘Smart Digital Government’ iaitu Konsep Kerajaan Digital yang berlandaskan 5A iaitu Accessible by Anyone At Anytime, Anywhere, and by Any Mobile Device.

“Pada zaman yang serba pantas kini, keinginan dan kehendak rakyat menuntut perubahan dalam mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Bagi memenuhi kehendak rakyat, kita mestilah sentiasa berpandangan jauh ke hadapan untuk memastikan penjawat awam terus kekal relevan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Perkhidmatan awam merupakan tulang belakang kepada negara, justeru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa memberikan yang terbaik dengan menghayati prinsip berkhidmat dengan sepenuh jiwa,” katanya ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan JKM di The Pacific Sutera, di sini, Jumaat.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada penerima.

Safar berkata, seramai 125 penerima APC terpilih dari 15 pejabat, bahagian dan unit JKM bagi tahun 2018 hingga 2023.

Tambahnya, 39 individu lagi menerima Anugerah Khas bagi tahun 2021 hingga 2023.

“Kerajaan sentiasa komited untuk mengiktiraf budaya usaha, komitmen dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh penjawat awam dengan memberikan pelbagai anugerah.

“Dengan memberikan anugerah APC, saya berharap ia dapat menggalakkan pegawai dan kakitangan untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha bagi mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

“Ini sekali gus memastikan perkhidmatan kerajaan kekal relevan dan dipercayai oleh rakyat, di samping memenuhi hasrat dan jangkaan mereka.

“Semoga penghargaan ini menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk terus proaktif dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan seterusnya menjadi role model, mentor terbaik kepada warga yang lain,” tambahnya.

Turut hadir, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Zainuddin Aman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.