
Kota Kinabalu: Semua penjawat awam adalah tulang belakang kepada pentadbiran negara mahupun negeri, kata Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin.
Oleh itu, katana, penjawat awam perlu memberikan perkhidmatan penuh dedikasi dan komitmen agar semua urusan kerajaan berjalan dengan lancar.
“Semua lapisan penjawat awam mempunyai peranan masing-masing yang sangat penting dalam memastikan matlamat serta pelaksanaan dasar-dasar yang dirancang akan sampai kepada masyarakat.
“Sebagai penghubung di antara kerajaan dan masyarakat, peranan penjawat awam tidak boleh dipandang remeh kerana setiap tindakan yang diambil akan mempengaruhi kehidupan masyarakat,” jelasnya.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Menurut beliau, dalam konteks kemerdekaan, penjawat awam perlu berintegriti dan profesional bagi memastikan hak serta kebajikan masyarakat akan terpelihara.
“Kesungguhan dan kebijaksanaan penjawat awam dalam menguruskan isu kemiskinan, pendidikan serta kesihatan sangat dihargai dan diharapkan dapat memacu transformasi yang positif untuk negara.
“Sikap yang positif, ikhlas serta proaktif dari penjawat awam mampu mendorong rakyat untuk turut sama memainkan peranan dalam pembangunan negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS).
Selain itu, Makhzan juga menyeru penjawat awam agar merenung kembali pengorbanan generasi terdahulu dengan dengan mengisi kemerdekaan ini dengan pencapaian yang membanggakan.
“Teruskanlah bekerja dengan penuh semangat dan kecemerlangan, kerana setiap usaha penjawat awam merupakan satu sumbangan kepada negara.
“Ingatlah bahawa tugas sebagai penjawat awam adalah sebahagian daripada perjalanan menuju kemajuan dan keharmonian negara,” katanya lagi.
Pada majlis itu, Makhzan turut menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di kawasan perkarangan KPKPS.
Sebanyak 20 jabatan dan agensi persekutuan menerima Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah pada majlis tersebut.
Sebagai simbolik destinasi persinggahan konvoi, beliau menandatangani buku catatan perjalanan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) seterusnya melakukan pelepasan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


