Penjawat awam dinilai melalui sistem DEEP bermula tahun ini - KSN

LocalPolitics
13 Feb 2024 • 6:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Zuki ketika bercakap kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 bertemakan 'Kitalah Benteng Malaysia' di Puspanitapuri pada Selasa. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Semua penjawat awam akan dinilai menggunakan sistem Demerit Performance Evaluation (DEEP) bermula tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem DEEP telah dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya, melalui sistem DEEP, kaedah penilaian bermula dengan mata 100 peratus dan demerit dikenakan jika penjawat awam berkenaan gagal mencapai objektif ditetapkan.

"Tujuan kita perkenal (DEEP), kaedah penilaian baharu adalah untuk pastikan pertamanya kita buat penilaian atas keupayaan dan kesungguhan pegawai laksana tanggungjawab diberikan.

"DEEP ini kita bagi (markah) 100 peratus. Kita demerit kalau katakan tidak capai petunjuk prestasi utama (KPI) atau tugasan gagal laksana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat 2024 pada Selasa.

Sebelum itu, dalam ucapan amanatnya, Mohd Zuki berkata, sistem DEEP dibuat bukan untuk menghukum mana-mana pihak tetapi bagi memastikan sistem penilaian relevan.

"Penilaian tepat dan adil adalah mustahak dan ia akan memberikan impak (kepada perkhidmatan awam),” katanya.

Sementara itu, beliau meminta seluruh warga perkhidmatan awam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita semua perlu pastikan dasar diperkenal kerajaan disokong sebaik mungkin di semua peringkat,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved