Penjawat awam ditahan terima rasuah dapatkan tender kerajaan

LocalPolitics
13 Aug 2026 • 5:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penjawat awam ditahan terima rasuah dapatkan tender kerajaan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai sebuah agensi kerajaan di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM19,000 sebagai balasan membantu mendapatkan tender dan kontrak di sebuah agensi kerajaan lain di negeri ini.

Perintah reman selama lima hari sehingga 19 Ogos depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Anis Adlina Abu Johan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan kira-kira pukul 6.45 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Temerloh.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2016 hingga 2021. Suspek dipercayai telah menerima wang rasuah daripada beberapa buah syarikat dan juga individu melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Shukor Mahmud, berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

The post Penjawat awam ditahan terima rasuah dapatkan tender kerajaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved