Penjawat Awam Diwajibkan Pakai Batik Malaysia Setiap Khamis

22 Aug 2023 • 2:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penjawat awam digalakkan memakai batik pada hari bekerja lain dan diwajibkan memakainya setiap Khamis.

KUALA LUMPUR - Penjawat awam kini diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Katanya dalam satu kenyataan, pada masa sama, penjawat awam digalakkan memakai pakaian batik Malaysia pada hari lain, selain Khamis.

Bagaimanapun, Dr Zulkapli berkata ketetapan pemakaian batik ini dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau ketika menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.

"Arahan pemakaian ini berkuat kuasa mulai dari tarikh surat edaran ini dikeluarkan iaitu 21 Ogos.

"Berikutan itu, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah dibatalkan," katanya.

Terdahulu, pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan awam dilaksanakan sejak 1985 bertujuan memberi sokongan terhadap industri batik tempatan dan memastikan ia kekal sebagai warisan serta lambang identiti rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, Dr Zulkapli berkata tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pemakaian surat edaran ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Getaran, 22 Ogos 2023