Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Bantuan Khas RM500 Sempena Hari Raya

1 Apr 2024 • 12:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penjawat awam terima bantuan raya RM500 Jumaat ini

Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Bantuan Khas RM500 Sempena Hari Raya. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kakitangan awam akan menerima bantuan khas bernilai RM500 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata, mereka yang layak untuk mendapat bantuan kewangan khas ini adalah kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

image is not available
Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Bantuan Khas RM500 Sempena Hari Raya. Sumber: The Star

Pesara turut mendapat RM250

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa pesara kerajaan serta veteran dalam kategori pencen dan bukan pencen akan menerima RM250.

“Saya telah mengarahkan Perbendaharaan untuk mengalirkan wang tersebut bermula hari Jumaat (5 April),” ujarnya semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pada hari Isnin (1 April), menurut sumber.

Baca juga artikel terkini:

https://www.iloveborneo.my/harga-ayam-dan-minyak-masak-lebih-murah