Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas RM1,500

30 Oct 2022 • 11:51 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar Bernama

ALOR SETAR - Semua penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri bakal menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 yang mula dibayar Disember nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemberian itu adalah bagi menghargai semua jasa dan sumbangan diberikan kepada kerajaan negeri.

Menurut beliau, pembayaran dengan jumlah keseluruhan RM8 juta itu adalah bukti dan tanda terima kasih kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi penjawat awam negeri dalam melaksanakan dasar, program dan projek yang dirancang kerajaan demi membangunkan negeri Kedah,” katanya.

Beliau mengumumkan demikian pada pembentangan Bajet Kedah 2023 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Jasa dan sumbangan golongan terbabit jelasnya, amat besar, malah mereka turut terlibat secara langsung dalam mengatur gerak bantuan ketika Kedah dilanda bencana.

“Tidak ketinggalan menerima bantuan ialah setiap guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK), yang bakal menerima faedah kenaikan gaji one off sebanyak RM100,” katanya.

Kenaikan itu melibatkan Peruntukan Dasar Baharu berjumlah RM622,000. - Getaran, 30 Oktober 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved