Penjawat awam Kelantan terima bonus RM1,500

30 Nov 2022 • 10:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penjawat awam di Kelantan akan menerima bonus sebanyak RM1,500 pada awal Januari tahun depan.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM13 juta untuk pemberian bonus kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membuat pengumuman itu ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Khamis.

Sementara itu, ketika ditemui selepas persidangan, Nik Mohd Amar berkata, kesemua penjawat awam itu bakal menerima RM1,500 yang akan diterima pada awal Januari tahun depan.

"Ia bukan gula-gula politik untuk tahun depan tetapi sebagai menghargai semua penjawat awam yang bertungkus-lumus dalam tugas mereka," katanya.

Katanya, jumlah berkenaan akan dibayar secara terus kepada semua kakitangan melalui akaun bank mereka.

"Setakat ini, bonus yang dibayar merupakan yang tertinggi sejak Pas mentadbir Kelantan," katanya.