Penjawat Awam Maut Jatuh Tingkat 21, Pernah Terima Anugerah Khidmat Cemerlang

18 Feb 2024 • 12:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang penjawat awam maut jatuh tingkat 21 di sebuah kondominum di Kuala Lumpur dipercayai pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang sepanjang perkhidmatannya.

image is not available

Kredit foto: Facebook

Ditemui terbaring di kaki lima kondominium

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memaklumkan yang pihak mereka telah menerima panggilan melaporkan kejadian tersebut kira-kira jam sepuluh malam kelmarin.

“Mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan terbaring di kaki lima di kediaman berkenaan oleh pengawal keselamatan,” katanya.

image is not available Kredit foto: Facebook

Wanita mempunyai 5 orang anak

Difahamkan, mangsa adalah seorang wanita dan mempunyai lima orang cahaya mata telah ditemui terbaring di kaki lima blok C kondominium berkenaan.

Beberapa gambar lokasi mayat mangsa ditemui juga tular di media sosial termasuklah kerosakan sebuah kereta.

image is not available

Kredit foto: Facebook

Setakat ini, pihak berkuasa mengklarifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)