Penjawat awam perlu perkukuh keupayaan diri: Joachim

LocalPolitics
19 Jul 2025 • 12:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Penjawat awam diminta memperkukuh keupayaan diri agar kekal relevan serta mampu menyumbang secara efektif dalam sistem penyampaian kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata mereka tidak lagi boleh berada di takuk lama, sebaliknya perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pantas landskap semasa yang didorong oleh teknologi serta jangkaan rakyat yang semakin meningkat.

Ini kerana, katanya, penjawat awam kini berdepan dengan era perubahan yang pantas seiring ledakan teknologi dan kehendak rakyat yang semakin tinggi, sekaligus memerlukan perkhidmatan lebih efisien serta responsif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Tahun 2025 di Dewan Masyarakat Tawau di sini, pada Khamis malam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui, Adun Balung Datuk Hamild @ Hamid Awang dan Presiden MPT Joseph Pang.

Mengenai acara itu, Joachim berkata pengalaman mencapai kejayaan dalam sektor perkhidmatan awam memberikan kepuasan dan menjadi pemangkin semangat serta motivasi untuk terus melaksanakan amanah dengan cemerlang.

“Pengalaman menerima pengiktirafan seperti APC ini memberi kepuasan dalam bekerja dan semangat motivasi yang amat besar kepada setiap penerima.

“Inilah detik yang cukup menggembirakan dan penuh makna dalam kerjaya penjawat awam,” katanya.

Menurutnya, APC bukan sekadar bentuk penghormatan kepada individu terpilih, tetapi simbol pengiktirafan terhadap komitmen dan disiplin tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan cemerlang.

Namun, beliau percaya, kejayaan yang dicapai hari ini bukan hasil kerja seorang tetapi hasil kerjasama berpasukan dan budaya kerja berintegriti yang menjadi teras kecemerlangan.

Beliau mengingatkan penjawat awam untuk tidak menganggap anugerah itu sebagai kemuncak pencapaian, sebaliknya menjadi dorongan untuk terus mencipta idea baharu dan memperluaskan sumbangan kepada kementerian, jabatan dan negara.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyeru semua warga MPT supaya terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi yang berteraskan integriti dan kecekapan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.