Penjawat awam Sabah terima bantuan khas RM1,000

25 Nov 2022 • 4:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah mengumumkan untuk memberi bantuan khas kewangan setengah bulan gaji dengan kadar maksimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri ini.

Perkara itu diumumkan ketika pembentangan Bajet Sabah yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Jumaat.

Hajiji berkata, bantuan khas itu akan dibayar pada Januari tahun depan kepada seramai 20,271 penjawat awam di negeri ini.

"Kerajaan sangat prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan penjawat awam. Kecekapan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak berbelah bahagi amat dihargai.

"Justeru, di dalam Bajet 2023, kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000 kepada seramai 20,271 orang penjawat awam negeri dan akan dibayar pada bulan Januari 2023.

"Bayaran Bantuan Khas ini diharap akan dapat meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu, Bantuan Khas sebanyak RM500 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan juga akan diberikan dan dibayar pada bulan April 2023," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved