Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas kewangan 2 bulan gaji

LocalPolitics
15 Nov 2024 • 6:36 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Penjawat awam di Selangor akan mendapat bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji dengan bayaran pertama akan dibuat pada 30 Disember ini, manakala yang kedua pada 25 Mac tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembayaran kedua adalah sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan negeri sudah mencapai rekod yang boleh dibanggakan dan Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang merekodkan nilai ekonomi mencecah RM400 bilion.

“Untuk keseluruhan tahun 2023, Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang merekodkan nilai ekonomi mencecah RM400 billion, iaitu sebanyak RM406.1 billion.

“Tambahan kepada itu, nilai dan pungutan hasil melebihi sasaran dari tahun ke tahun meskipun melalui pandemik Covid-19,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2025 negeri Selangor hari ini. - 15 November, 2024