Penjawat awam terima suapan didenda RM10,000

11 Jul 2023 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang kakitangan kerajaan berusia 56 tahun didenda RM10,000 atau penjara lapan bulan ingkar kerana menerima rasuah RM1,500 daripada seorang kontraktor.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menjatuhkan hukuman itu kepada Duati Gunggut yang mengaku bersalah kepada pertuduhan alternatif terhadapnya.

Duati telah menerima wang itu daripada Hendry Jassin pada 12.59 tengah hari pada 20 Sept 2018 di Maybank Keningau dan wang itu dimasukkan ke dalam akaun Duati.

Pertuduhan menyatakan bahawa Duati sebagai pembantu tadbir di Pejabat Daerah Sook, menerima wang daripada Hendry yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya di pejabat tersebut, di mana Duati ialah orang yang bertanggungjawab menguruskan bon pelaksanaan bagi projek membaiki dan meratakan Jalan Kebun Sakikilo, Sook dan projek untuk menyelenggara surau Kg Bukit Merah.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Duati didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang mempunyai kaitan dengan penjawat awam memperolehi apa-apa benda berharga, tanpa pertimbangan, daripada individu dalam mana-mana prosiding atau urusan yang diuruskan oleh penjawat awam tersebut.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Semasa rayuan, peguam Nurshahlilah Fauzan Mailin yang mewakili Duati, meminta hukuman ringan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Rekhraj Singh dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.