Penjelasan Isu Penyediaan Air Di Kuching Food Festival, Pemilik Terima Surat Amaran

6 Aug 2022 • 9:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Air yang digunakan adalah air ditapis, bukan air paip

Penjelasan Isu Penyediaan Air Di Kuching Food Festival, Pemilik Terima Surat Amaran. Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial, memaparkan penjual minuman di Festival Makanan di Kuching menggunakan air paip untuk menyediakan minuman dan membiarkan hos getah paip di atas lantai.

Pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah membuat penjelasan bahawa gerai yang menyediakan minuman di Festival Makanan Kuching 2022 itu bukannya menggunakan air paip, sebaliknya air bertapis yang selamat untuk diminum.

image is not available
Siaran langsung penerengan oleh Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng mengenai isu yang tular di media sosial. Kredit: WEE HONG SENG 黄鸿圣 

Menerusi siaran langsung di laman Facebook Dato Wee Hong Seng, beliau memberi penerangan berkaitan video tular menunjukkan seorang penjual sedang membuat minuman menggunakan hos getah paip yang dibiarkan di atas lantai.

Lapor akhbar tempatan, pemilik gerai turut hadir semasa siaran langsung untuk menjelaskan bahawa mereka telah menggunakan air ditapis yang disambungkan kepada penapis kegunaan komersial.

image is not available
Penjelasan Isu Penyediaan Air Di Kuching Food Festival, Pemilik Terima Surat Amaran. Kredit: WEE HONG SENG 黄鸿圣

Seperti yang anda lihat di sini, kami menggunakan penapis kegunaan komersial. Air itu ditapis dua kali. Ia berbeza daripada yang digunakan di rumah. Jadi air yang ditapis adalah 100 peratus bersih untuk diminum.

Terima notis amaran, pemilik segera bertindak

Mengulas lanjut mengenai hos getah paip yang dibiarkan di atas lantai, surat amaran telah dikeluarkan kepada gerai tersebut susulan isu kebersihan yang tidak dijaga.

Mengakui kesilapan mereka, pengusaha gerai segera memasang hos getah paip yang teratur dan betul untuk menyalurkan air yang ditapis ke dalam baldi sebelum membancuh pati air dan ais.

Pengusaha gerai itu juga membuat permohonan maaf secara terbuka atas kecuaian membiarkan hos getah paip di atas lantai dan memastikan bahawa air yang dijual adalah bersih dan selamat diminum.

Sementara itu, penaja gerai Leaves Food Industries Sdn Bhd dalam satu kiriman media sosial menjelaskan mereka tidak terlibat dengan pengendalian gerai itu.

image is not available
Leaves Food Industries Sdn Bhd tidak terlibat dengan pengendalian gerai tersebut.

Jadi, sebagai peniaga haruslah sentiasa menjaga kebersihan lebih-lebih lagi dalam penyediaan makanan dan minuman yang dijual kepada pembeli.

Jika anda terlepas cerita asal, anda boleh membacanya di sini:

Korang tahu tak penggunaan straw dan beg plastik dilarang di Kuching Food Festival? Ini penerangan lanjut: