
Daging korban sering dianggap paling ‘fresh’ apabila baru sahaja sampai ke rumah. Namun menurut penceramah bebas, Syamsul Debat, cara penyimpanan dan pengendalian daging sebenarnya memainkan peranan penting untuk kesihatan dan kebersihannya sebelum dimasak.
Menurut beliau, daging yang baru diterima tidak semestinya terus dimasak. Sebaliknya, daging disaran dibersihkan terlebih dahulu, kemudian disimpan dalam bekas bertutup dan diletakkan di bahagian chiller (bukan freezer). Daging tersebut dikatakan perlu dibiarkan dalam keadaan sejuk selama beberapa jam, sekitar tujuh jam, sebelum dicuci semula dan dimasak.
“Daging yang sedap dan sihat untuk dimakan selepas proses korban dan sembelihan ialah daging yang dicuci bersih-bersih, kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan simpan di bahagian chiller, bukan di bahagian beku,” katanya.
Beliau menjelaskan, tempoh ini dipercayai membantu darah dalam daging keluar dengan lebih sempurna. Selepas proses tersebut, daging perlu dicuci sekali lagi sebelum dimasak bagi memastikan kebersihan yang lebih baik.
“Biarkan dalam chiller selama kira-kira tujuh jam. Selepas tujuh jam, darah dalam daging akan turun dengan lebih sempurna. Kemudian, barulah kita cuci sekali lagi sebelum dimasak,” ujarnya.
@syamsuldebatofficial DAGING 7 JAM? “Assalamualaikum semua 🌸 Jangan lupa ya, ini hanyalah sedutan ringkas daripada ceramah penuh. Untuk tonton versi penuh, jom singgah ke Channel YouTube rasmi SD 👉 Syamsul Debat TV. Selamat menonton, semoga bermanfaat dan diberkati selalu ✨” #fypppppppppppppp #fyp #syamsuldebat #foryoupage
♬ original sound – Syamsuldebat – Syamsuldebat
Baca juga:
PASTI Melaka nafi dakwaan pecat jurulatih bola jaring
Remaja terselamat dari diculik, gigit tangan suspek sebelum lari selamatkan diri
Penganggur didenda RM5,000 muat naik hantaran hina Islam
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa ramai orang sering tergesa-gesa memasak daging korban kerana menganggap ‘fresh’ itu lebih baik. Sedangkan, menurut pandangan yang dikongsikan, daging yang belum melalui proses penyejukan dan pembersihan rapi mungkin masih mengandungi sisa darah yang tidak keluar sepenuhnya.
Tambahnya lagi, dalam sudut pandang Islam, darah adalah najis, dan pengendalian daging yang tidak sempurna boleh memberi kesan kepada kesihatan jika diambil tanpa persediaan yang betul.
“Itu adalah kaedah yang terbaik menurut kajian yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan juga pihak Veterinar,” katanya lagi.
The post Penjelasan penceramah daging korban perlu disimpan 7 jam dalam chiller appeared first on The Reporter.




