Penjenayah Berlagak Berani, Siap Lambai CCTV Sebelum Rosakkan 2 Mesin ATM Di Limbang

12 Jul 2023 • 5:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dengan berlagaknya melambai tangan sebelum merosakkan dua mesin ATM

Penjenayah Berlagak Berani, Siap Lambai CCTV Sebelum Rosakkan 2 Mesin ATM Di Limbang. Baru-baru ini, seorang lelaki telah ditahan polis kerana perbuatannya yang didakwa memecahkan dua skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dua buah bank, di Limbang, Sarawak pada Sabtu lalu.

Menurut laporan, lelaki itu dengan beraninya melambai tangan ke arah kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, bahkan suspek dilihat membawa sejenis peralatan tajam bersamanya.

Difahamkan, rakaman berdurasi lapan saat itu kian tular dan hangat diperkatakan di media sosial.

image is not available
Sumber: majoriti

Suspek berusia 42 tahun

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot menyatakan bahawa suspek tempatan berusia 42 tahun itu ditahan pada Isnin kerana terlibat dalam kes tersebut.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis Limbang berjaya menyelesaikan empat kes melibatkan satu kes pecah skrin mesin ATM yang dilaporkan pada 3 Jun lepas, satu kes pecah cermin kenderaan pada 9 Julai lepas dan dua kes pecah skrin ATM pada Ahad lepas,” katanya memetik laporan.

Untuk makluman, sebelum ini polis juga telah menerima dua laporan mengenai kes memecahkan skrin ATM tersebut pada Ahad.

Parum turut mengatakan bahawa dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat yang mana jika didapati bersalah, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun serta tidak lebih daripada lima tahun atau dengan denda, atau kedua-keduanya.

image is not available
Sumber: majoriti

“Siasatan akan diteruskan dan pihak polis akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum suspek dibawa ke mahkamah,” ujarnya lagi.

Param hargai masyarakat tempatan kerana memudahkan siasatan mereka

Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada masyarakat tempatan di Limbang kerana memberi kerjasama dalam manyalurkan maklumat dan membantu siasatan pihak polis.

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article