Penjenayah berparang larikan emas, wang tunai

1 Apr 2023 • 1:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anbalagan

SERDANG - Seorang peniaga diserang dan disamun sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjata parang di kediamannya di Taman Bukit Kinrara, Puchong di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.10 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun yang berada di pekarangan rumahnya telah didatangi lapan lelaki sebelum salah seorang daripada mereka bertindak menumbuk mangsa beberapa kali.

"Mangsa yang juga peniaga kedai runcit kemudian dipaksa untuk memberitahu tempat simpanan wang.

"Ibu mangsa juga turut dipaksa untuk membuka barang kemas yang dipakainya sebelum suspek menyelongkar setiap bilik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kumpulan penyamun itu kemudian berjaya melarikan diri dengan membawa beg berisi emas seberat hampir empat kilogram.

Katanya, turut dilarikan adalah wang tunai anggaran RM5,000.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved