Penjenayah Ditembak Mati Dalam Kejadian Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Dengkil

25 Nov 2025 • 9:54 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penjenayah Ditembak Mati Dalam Kejadian Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Dengkil

KUALA LUMPUR, 25 November (Bernama) — Seorang lelaki disyaki penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, dekat sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata kejadian berlaku pada 8.10 malam ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) menjalankan operasi mengesan dan mencegah kes samun di sekitar Banting, Dengkil dan Sepang, dekat sini.

Beliau berkata ketika rondaan menggunakan kenderaan pasukan, anggota D9 terserempak sebuah Perodua Myvi berwarna perak dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pasukan serbuan cuba menahan, tiba-tiba suspek telah bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah pasukan polis. Pasukan polis telah membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi dan siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai warga tempatan, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemukan sepucuk senjata api jenis Colt 45, tujuh paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah dan tiga butir peluru,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan.

BACA: Peka, Ini Senarai Talian Khas Bencana Banjir Bagi Petani Terjejas

BACA: “Rare”, Cara Peniaga Char Kuetiau Ambil Pesanan Buat Pelanggan Terpegun

BACA: Pulang Selepas Setahun, Gelagat Anggota Malbatt Lari Peluk Suami Buat Ramai Terharu

Sumber: Bernama

The post Penjenayah Ditembak Mati Dalam Kejadian Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Dengkil appeared first on Siakap Keli.