
Penjimatan Lebih Bijak Dengan Promosi Penjimatan Tenaga LG
LG Electronics Malaysia (LG) melancarkan Promosi Penjimatan Tenaga dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2025, menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk menikmati ganjaran bernilai hingga RM2,800. Kempen ini menampilkan rebat eksklusif dan hadiah percuma dengan setiap pembelian peralatan rumah LG terpilih.
Promosi ini dilancarkan pada waktu yang tepat, seiring dengan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia terhadap penjimatan tenaga, khususnya selepas pelaksanaan sistem tarif elektrik baharu yang bertujuan mewujudkan kadar yang lebih adil dan progresif. Dengan penggunaan tenaga isi rumah semakin menjadi tumpuan, peralatan rumah LG berteknologi AI tampil sebagai pilihan ideal untuk pengguna yang ingin menjimatkan tenaga tanpa menjejaskan prestasi.
Promosi ini menampilkan rangkaian penuh produk inovatif dan jimat tenaga daripada LG, termasuk:
- TV AI LG OLED & QNED – visual menakjubkan dengan prestasi jimat tenaga
- Pembersih vakum LG CordZero – kemudahan wayarles dengan penggunaan bateri pintar
- Mesin basuh LG WashTower dan AI DD – cucian lebih bijak dengan kecekapan tenaga optimum
- Peti sejuk LG InstaView – rekaan elegan dengan penyejukan cekap tenaga
- Penyaman udara LG DUALCOOL AI Air – penyejukan berkuasa dengan lebih penjimatan
- Penulen air LG PuriCare – air lebih bersih dengan penghantaran cekap
Pelanggan juga boleh menggabungkan dua atau lebih produk LG daripada kategori berbeza dalam satu invois untuk menikmati rebat tambahan hingga RM400. Bagi pembelian gabungan TV dan Bar Bunyi terpilih, rebat tambahan hingga RM400 turut ditawarkan. Selain itu, pelanggan juga akan menerima hadiah percuma dengan setiap pembelian produk LG terpilih.
“Dengan kecekapan tenaga kini menjadi keutamaan rakyat Malaysia, terutamanya selepas pelaksanaan struktur tarif elektrik baharu negara, kami ingin menyokong isi rumah dalam membuat pilihan yang lebih bijak dan mesra alam,” kata Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia. “Kempen ini bukan sahaja menawarkan nilai yang hebat, malah memperkasakan pelanggan untuk mengurangkan jejak tenaga mereka melalui penyelesaian rumah inovatif LG.”
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, LG turut menganjurkan Peraduan Wash & Win. Pembeli mesin basuh LG terpilih berpeluang memenangi salah satu daripada 45 unit Tefal Ixeo+ All-in-One Solution (bernilai RM1,899 setiap satu), dengan 15 pemenang diumumkan setiap bulan.

Cara menebus ganjaran anda:
- Beli mana-mana produk LG yang layak daripada peruncit sah.
- Layari laman web promosi rasmi LG Malaysia di https://www.lg.com/my/promotions/lgrewards-lg-energy-saving-promo-2025/ .
- Isi butiran dan muat naik invois anda untuk pengesahan.
Penebusan akan ditutup pada 30 November 2025, dan semua penebusan adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lg.com/my atau ikuti LG Malaysia di Facebook facebook.com/LGMalaysia.
The post Penjimatan Lebih Bijak Dengan Promosi Penjimatan Tenaga LG appeared first on Siakap Keli.


