Penjual akhbar Sinar Harian meninggal dunia

30 Jul 2022 • 9:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang penjual akhbar yang juga vendor pengedaran akhbar Sinar Harian sejak hari pertama penerbitannya 16 tahun lalu, Kalaimadhi Karuppiah meninggal dunia pada pagi Sabtu.

Anaknya, Vinoth Kalaimadhi, 31, memaklumkan bapanya yang berusia 59 tahun meninggal dunia di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada jam 10.55 pagi akibat sakit jantung.

Dia berkata, bapanya sebelum itu ditemui pengsan semasa menguruskan pengedaran akhbar di tempat kerjanya di Medan Pasar, Kuala Lumpur pada pagi Sabtu sebelum dibawa ke hospital.

Vinoth berkata, sejak menjadi penjual akhbar 30 tahun lalu, bapanya sangat komited terhadap pekerjaan yang dilakukannya sejak usia awal remaja.

“Dia memang tumpu pasal akhbar sahaja. Apa yang dia fikir setiap hari hanya akhbar.

“Hari ini pun dia dapat serangan jantung semasa menguruskan jualan akhbar dan saya temui dia pengsan di tempat kerja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Kalaimadhi meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Vinoth memaklumkan majlis pengebumian bapanya akan diadakan di Sentul pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved