Penjual roti Pakistan, pengawal keselamatan maut motosikal bertembung

17 Jun 2025 • 9:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal ditunggangi lelaki pengawal keselamatan (foto kiri) yang turut maut dalam kejadian itu.

JEMPOL – Seorang penjual roti warga Pakistan maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lagi motosikal dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang pada malam Isnin.

Kejadian berlaku jam 8.58 malam itu turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal warga tempatan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan maut.

Mereka yang maut ialah Sher Zamin Khan,44 dan Muhammad Zulhaidi Iqhwan Abbdullah,26.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, kemalangan itu melibatkan dua motosikal jenis Honda C100B dan sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan bermula selepas kereta berkenaan dari arah Simpang Pertang menuju ke Bahau melanggar belakang motosikal lelaki Pakistan itu dari arah sama.

"Akibat pelanggaran, motosikal itu hilang kawalan, terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi motosikal ditunggang seorang lagi mangsa.

"Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Yasmin Beevee Mohamed Ali di talian 012-9434222 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved