Penolong jurutera universiti awam ditahan berkaitan projek RM13 juta

LocalPolitics
24 Feb 2025 • 11:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SPRM Johor menahan seorang penolong jurutera sebuah universiti awam berhubung salah guna kuasa berkaitan satu projek bernilai lebih RM13 juta.

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penolong jurutera sebuah universiti awam berhubung salah guna kuasa berkaitan satu projek bernilai lebih RM13 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 44 tahun tersebut ditahan kira-kira jam 7 malam, pada Isnin, di Pejabat SPRM Johor di sini.

Difahamkan, suspek menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai wakil universiti bagi sebuah projek menaik taraf infrastruktur dan system mekanikal, elektrikal serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan melupuskan sisa binaan tersebut menyebabkan pihak universiti mengalami kerugian RM500,000.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pukul 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved