Penonton Terkejut Tonton Babak Bog*l Song Kang, Lee Jinwook & Lee Dohyun Dalam ‘Sweet Home 2’

Entertainment
2 Dec 2023 • 12:16 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kalau siapa yang biasa menonton siri di Netflix, pastinya dah terbiasa menonton adegan yang provokatif dalam siri asalnya kan?

Dalam tayangan “Sweet Home 2”, penonton meluahkan rasa terkejut melihatkan ‘tayangan sensual’ beberapa pelakon di dalam beberapa episod pertama dan penghujungnya.

Mungkin sesuatu yang normal bagi pelakon yang dah biasa mencuba membawa watak baru namun tiada siapa menyangka Lee Jin-wook, Song Kang dan Lee Do-hyun menayangkan bahagian belakang badan mereka hingga menampakkan punggung.

Malah dalam sidang media siri berkenaan, Song Kang turut sempat menjelaskan mengenai babak provokatif yang dirakamnya,

Saya benar-benar memberikan sepenuh tenaga. Saya banyak menfokuskan pada otot belakang badan sebagai persediaan untuk babak itu. Ianya merupakan babak yang dibincangkan selepas perbincangan mendalam bersama pengarah.

Dalam pada itu, “Sweet Home 2” sudah pun memulakan tayangan pada 1 Disember lalu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.