Penoreh getah jadi jutawan! Rezeki menang cabutan bertuah RM1,000,000

17 May 2024 • 5:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang penoreh getah jadi jutawan apabila memperoleh RM1,000,000 setelah diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP ke-99.

Memetik laporan dari Harian Metro, Johni Satur, 57 telah membawa pulang RM1 juta dan merasakan apa yang berlaku seperti mimpi dalam kehidupannya.

Rasa seperti mimpi

Menurut Johni, dia telah membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) selepas disarankan oleh anak lelakinya pada tahun 2022.

“Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta.

“Malahan saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah suatu skim penipuan.

“Selepas beberapa kali diyakinkan, barulah saya percaya menjadi salah seorang pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP,” katanya.

image is not available

Penoreh getah jadi jutawan, akui pendapatan sebelum ini tak cukup

Dalam pada itu, Johni yang berpendapatan RM500 sebulan dengan menoreh getah mengakui ia tidak mencukupi untuk perbelanjaan seharian keluarga.

Bapa kepada lima orang cahaya mata ini merancang mahu menggunakan wang kemenangan untuk membina rumah baharu di tapak tanah yang lebih selesa untuk mereka sekeluarga.

Selain itu, dia mahu menyimpan wang tersebut bertujuan untuk pembelajaran anak-anaknya yang masih bersekolah.

image is not available

Penoreh getah jadi jutawan, anak saran wang kemenangan simpan di bank sahaja

Menurut anak keduanya, Romexh Johni, 27, dia meminta agar bapa menyimpan duit kemenangan tersebut di BSN agar lebih selamat supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

“Awalnya saya tidak tahu tentang peraduan ini sehingga dimaklumkan di kaunter BSN.

“Kebetulan bapa saya juga memang salah seorang pelanggan yang menyimpan wang di BSN selama ini,” katanya

image is not available

Turut hadir menyampaikan hadiah kemenangan itu kepada Johni di kediamannya di Kampung Lasau Minunsud adalah Ketua Komunikasi Strategik BSN, Aizurra Mellissa Muzammil.

Sumber: Harian Metro (Yun Mikail)