Pensijilan TM Future Skills sasar pelajar B40, beri peluang teroka inovatif STEM

15 Sep 2023 • 3:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yayasan TM (YTM) merasmikan Program Pensijilan TM Future Skills 2023 di Sri Manja Boutique Hotel Kuantan, Pahang pada Khamis.

Program itu selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) berkenaan kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merangkumi bidang teknologi digital yang bakal diperkenalkan kepada pelajar untuk menguasai Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

image is not available

Creative Minds selaku rakan strategik utama dalam inisiatif ini akan turut serta dalam memberikan kepakaran mereka dalam pembangunan STEM yang lebih berkualiti.

image is not available

“Antara program berorientasi STEM merangkumi pelbagai inovatif yang ditawarkan adalah robotik, pemodelan 3D, coding & programming, dan analitik data besar.

“Program ini bertujuan untuk membuka peluang pembelajaran inovatif dalam STEM di sekolah-sekolah Pantai Timur selain untuk menambahbaik landskap pembelajaran,” kata YTM dalam satu kenyataan.

Selain itu, usaha tersebut akan dilaksanakan bagi mempertingkatkan kaedah latihan dan pengajaran guru dalam kemahiran pemikiran kritis, pembelajaran kreatif dan penyelesaian masalah.

image is not available

Bukan itu sahaja, sesi Latihan Guru TM Future Skills kepada 100 guru terpilih turut berlangsung hari ini sebagai langkah permulaan dan pemahaman awal sebelum menjalani proses pembelajaran membabitkan kira-kira 5,000 orang.

“Program pensijilan ini mensasarkan keluarga B40 di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Ia memperkenalkan tiga modul utama iaitu Coding, 3Ducation dan Nanomarker kit untuk membantu memperkukuhkan kemahiran pelajar,” ujarnya lagi.

image is not available

Untuk makluman, TM Future Skills adalah inisiatif oleh YTM yang memberikan akses teknologi dan pendidikan STEM kepada komuniti atau golongan pelajar yang kurang berkemampuan.