
Berikutan isu pensyarah yang tular selepas didakwa melakukan gangguan seksual kepada bekas pelajarnya sekitar tahun lalu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menamatkan perkhidmatan pensyarah tersebut sebagai tenaga pengajar berkuat kuasa serta merta.
Lepas 1 tahun lebih kes ni . Baru harini ada keberanian nak cerita dekat public. Selamani diamkan diri serahkan semuanya dekat polis&uitm. But till now still nothing. pic.twitter.com/25e9b7qdeR
— 𝓕 (@awwinnn_) August 16, 2022
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata bahawa warga universiti berkenaan akan sentiasa diberi peringatan tentang perihal Akta 605 secara berkala dan sekiranya mereka ingkar atau berkelakuan negatif, tindakan berat akan dikenakan malah pihak universiti tidak akan berkompromi dengan pesalah.
Menurut kenyataan yang dibuat oleh pihak UiTM, keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pensyarah tersebut dibuat selepas selesai menjalani prosedur siasatan secara teliti sejak 2021 bagi mengumpul bahan bukti dan diberi kata putus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi UiTM.

