Pensyarah Kerap Batalkan Kelas Punca Maya Karin Berhenti Belajar Peringkat Diploma

21 Jul 2023 • 3:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kisah tiga bekas pelajar menang saman terhadap guru Bahasa Inggeris mereka yang tidak hadir ke kelas selama 7 bulan nyata menarik perhatian ramai.

Kes itu turut menamakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud, Sabah sebagai defendan kedua, diikuti Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.

Ekoran daripada perkara ini, pelakon terkenal tanah air, Maya Karin turut berkongsi pengalaman dan mendedahkan punca utama dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar semasa di peringkat Diploma.

Pensyarah Asyik Batal Kelas, Tidak Mahu Susahkan Ibu Bapa

Perkara itu dikongsikan menerusi akaun Twitter @maya_karin. Menurut Maya, antara sebab dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar di peringkat Diploma kerana kelas asyik dibatalkan.

“Asyik sampai kelas dengan nota ‘kelas batal kerana pensyarah tidak dapat hadir’,” ciapnya di Twitter.

Merasakan perkara itu hanya membazirkan wang ibu bapa, Maya nekad membuat keputusan berhenti belajar dan mencari duit poket sendiri.

“ Jadi, daripada membazir duit emak ayah, saya berhenti dan kerja dalam bidang teater, pergi bercuti keliling dunia dan akhirnya masuk ke industri hiburan,” ciapnya lagi.

Ciapannya itu nyata menarik perhatian warganet. Kebanyakan mereka turut berkongsi pengalaman yang sama menerusi ciapan yang dibuat olehnya.

Malah, ada juga yang turut mempersoalkan tindakan sesetengah tenaga pengajar yang tiada inisiatif untuk mengganti kelas dan sebagainya.

Pun begitu, ada juga yang memilih untuk meneruskan pengajian namun bertindak mengetengahkan perkara itu sewaktu penilaian di penghujung semester.

Kita Ada Mindset Yang Sama, Sebab Pensyarah Saya Macam ‘Biskut’, Saya Buat Bisnes Separuh Masa Waktu Belajar

image is not available

image is not available

Tak Boleh Bayang Macam Mana Pensyarah Boleh Tidur Lena Dengan Gaji Dibayar Tanpa Buat Kerja

image is not available

image is not available

Kalau Dekat Malaysia, Dr Harini Ada Kelas Ke? Atau Dr Hari Ini Kelas Online ke Fizikal?

image is not available

Saya Tak Berhenti Tapi Saya Beri Penilaian Pada Penghujung Semester

image is not available

Ambil Tindakan Yang Sewajarnya, Jangan Berhenti Belajar Melainkan Tiada Minat

image is not available

Source: