Pensyarah Tolong Jagakan Anak Pelajar Ketika Jawab Test Raih Pujian

LocalFamily & Parenting
8 Jan 2026 • 5:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu yang bergelar pendidik pastinya tidak mahu pelajar mereka ketinggalan ilmu.

Bahkan ada pepatah mengatakan menjadi pendidik ia bagai lilin yang membakar diri sendiri kerana sanggup mengorbankan diri sendiri agar pelajar berjaya.

Malah mereka juga merasakan hanya ilmu sahaja yang dapat membantu para pelajarnya untuk berjaya di masa hadapan.

Pelajar maklum tak dapat hadir duduki ujian kerana jaga anak

Baru-baru ini seorang pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menjadi perhatian ramai apabila dia sanggup menjaga anak kepada pelajarnya.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Amafura Adhuha di Threads, awalnya dia memaklumkan hari ini (8 Januari) ada ujian yang dilakukan untuk para pelajarnya.

Namun pada malam tadi (7 Januari) salah seorang pelajar telah memaklumkan tidak dapat menghadirkan diri kerana tidak ada orang yang boleh menjaga anaknya yang masih kecil.

Menerusi tangkap layar perbualan di dalam WhatsApp, pelajar itu menjelaskan isterinya juga mempunyai jadual kelas yang penuh dan menyebabkan dia tidak dapat menghadiri ujian terbabit.

Pensyarah minta bawa anak dan sanggup tolong jagakan

Amafura kemudian memaklumkan ujian itu mempunyai 20 markah dan ia adalah jumlah yang agak besar.

Pensyarah berkenaan kemudiannya meminta pelajar lelaki tersebut membawa anaknya dan sanggup untuk menjaga si kecil itu, asalkan ayahnya dapat menduduki ujian tersebut.

Dalam hantaran yang sama, turut kelihatan, pensyarah berkenaan berkongsi satu foto memaparkan si kecil yang sedang berada di dalam kelasnya, yang dipercayai anak kepada pelajar terbabit.

View on Threads

Ramai puji dan doakan pensyarah kerana sanggup bantu jagakan anak pelajar

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji pengorbanan pensyarah wanita itu kerana sanggup menawarkan pertolongan kepada pelajar berkenaan.

Bahkan tindakan terpujinya itu, membuatkan pelajarnya dapat menghadirkan diri untuk menjawab ujian bagi subjek yang diajarinya.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan kesejahteraan pensyarah itu kerana telah membantu pelajar berkenaan.

Tindakannya itu turut membuatkan segelintir daripada pengguna Threads berasa sebak dengan keikhlasannya.

“Ini membuktikan masih banyak orang yang baik”

image is not available

“MasyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan madam”

image is not available

“Aww comelnya madam jagakan anak pelajar”

image is not available

“Subhanallah, bagusnya. Sangat memahami”

image is not available
View Original Article