Pentagon Menggunakan Grok Untuk Melakukan 2000 Serangan Di Iran

WorldTechnology
18 Jun 2026 • 9:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pentagon Menggunakan Grok Untuk Melakukan 2000 Serangan Di Iran

Krisis Asia Barat bermula apabila Amerika Syarikat dan Israel secara unilateral menyerang Iran menggunakan alasan negara kelahiran Mehdi Mahdavikia ini akan mempunyai senjata nuklear. Kerana kegopohan Amerika dan Iran, ekonomi dunia terjejas teruk. Selepas hampir lima bulan, krisis ini akan berakhir setelah Amerika dan Iran bersetuju untuk menyelesaikannya di meja rundingan.

Bukan rahsia teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan oleh Amerika Syarikat untuk melakukan serangan ke atas Iran. Muncul beberapa spekulasi model AI mana digunakan tetapi tiada pengesahan secara rasmi oleh Pentagon. Hujung minggu lalu, pegawai tertinggi AI Pentagon mengesahkan bahawa Grok, digunakan untuk melancarkan lebih 2,000 peluru berpandu ke 2,000 sasaran di Iran dalam masa 96 jam.

Image from: Pentagon Menggunakan Grok Untuk Melakukan 2000 Serangan Di Iran

Maklumat ini hanya didedahkan selepas Persatuan Kebangsaan untuk Kemajuan Orang Kulit Hitam (NAACP) menyaman xAI kerana didakwa mengendalikan 57 turbin gas tanpa permit untuk menjana elektrik bagi keperluan pusat data AI dan mencemarkan komuniti kulit hitam di Mississippi.

Pentagon berhujah bahawa pusat data xAI adalah kritikal untuk keselamatan negara, termasuk sebagai sumber tenaga kecemasan semasa konflik bersenjata. Oleh itu pelepasan harus diberikan bagi membolehkan pusat data xAI terus beroperasi.

Minggu lalu CEO Anthropic, Dario Amodei menafikan model AI mereka digunakan dalam serangan ke atas sekolah di Minab yang mengorbankan 168 nyawa. Penggunaan AI di medan perang adalah isu tabu hanya lima tahun lalu tetapi kini demi keselamatan negara, ia digunakan secara meluas. Hanya Anthropic menghalang penggunaan model AI mereka oleh tentera Amerika Syarikat sehingga syarikat dimasukkan ke dalam senarai hitam oleh pentadbiran Trump.

Sumber- Independent

View Original Article