PERTAMA kali enam penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia disatukan dalam sebuah konsert berskala besar di Sabah, Festival Tentang Cinta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) berjaya menaikkan adrenalin kira-kira 2,000 penonton yang hadir.
Menghimpunkan barisan artis hebat – daripada penyanyi dan penulis lagu Indonesia yang memenangi anugerah, Andmesh Kamelang, hingga sensasi remaja Ziva Magnolya.
Tidak ketinggalan, bintang-bintang besar Malaysia seperti penyanyi kelahiran Sabah Adira Suhaimi, Hael Husaini, Ara Johari dan juara One In A Million (OIAM) Marygrace – festival ini menjai penanda aras baharu dalam penganjuran konsert di negeri ini.
Setiap penyanyi membawa pengikut masing-masing, namun kehebatan vokal dan persembahan memukau yang disajikan membuatkan konsert kira-kira tiga jam itu seolah-olah tidak cukup bagi para peminat.
Bermula tepat pukul 9.10 malam, tirai persembahan dibuka oleh penyanyi kelahiran Keningau Marygrace, menerusi lagu kemenangannya dalam OIAM, Titik Mula.
Buat pertama kali menjayakan konsert besar di negeri kelahiran, Marygrace tampil yakin berinteraksi dengan penonton. Vokal memukaunya membuktikan mengapa dirinya layak bergelar juara program realiti terbabit.
Dengan busana berwarna merah jambu ala ‘Barbie’, Marygrace kemudian menghangatkan pentas menerusi lagu Side to Side (Ariana Grande) dan Give Me Everything (Pitbull ft. Ne-Yo, Afrojack & Nayer) yang menyaksikannya berduet dengan rakan seperjuangan dari Keningau, Richard R Cablores (Rich).
Pemilihan lagu-lagu rancak berjaya membuatkan penonton menari bersama dan menjadikan suasana menjadi riuh.
Kehangatan berterusan apabila Ara Johari mengambil alih pentas dengan lagu yang melonjakkan namanya, Bunga. Walaupun memilih membawakan lagu-lagu ‘galau’, tenaga penonton tetap memuncak apabila mereka turut sama menyanyikan lagu itu.
Keterujaan penonton berterusan apabila pemilik nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari, 28, itu menyampaikan lagu Peluang Kedua (nyanyian asal Nabila Razali).
Dewan teris bergema dengan suara penonton yang menyanyi bersama apabila Ara menyampaikan lagu popularnya, Menjaga Jodoh Orang Lain.
Dengan vokal ampuh dan penuh emosi, Ara sebak hingga menitiskan air mata. Katanya, lagu ciptaan komposer seberang, Ilham Baso itu sangat istimewa kerana memberi impak besar dalam hidup dan kariernya.
Sebelum menutup segmen dengan Papa Mama Larang (Judika), Ara sempat mengajak penonton menunjukkan solidariti terhadap pelajar Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia bulan lalu.
Segmen diteruskan dengan kemunculan Hael Husaini menerusi Jampi.
Terus ‘terbang’ ke Sabah selepas menjayakan konsert solo di Kuala Lumpur sehari sebelumnya penyanyi berusia 38 tahun itu mengubah susunan muzik Jampi sekali gus memukau penonton dengan vokal mantapnya menyanyikan lagu yang sudah berusia lebih 10 tahun itu.
Walaupun kepenatan jelas terpancar di wajahnya, Hael tetap memberi persembahan penuh semangat dengan Hajat dan Kelentang Kelentong.
Hael kemudian membalas kesetiaan peminatnya apabila turun dari pentas utama bertemu penonton menjadikan dewan gamat dengan sorakan.
Sebaik selesai, pentas diambil alih penyanyi kelahiran Ranau Adira Suhaimi, yang tampil anggun dengan busana serba putih dan membuka segmen dengan Pujaan Hatiku.
Penonton dibawa bertenang seketika apabila ibu kepada empat cahaya mata yang diberikan jolokan ‘Ratu OST’ itu membawakan single sulungnya, Ku Ada Kamu.
Selepas 15 tahun dalam industri sejak menjadi naib juara Akademi Fantasia 8, Adira, 33, membuktikan dia masih berbisa dengan kelunakan vokalnya. Momen paling menyentuh hati ialah ketika dia sebak menyampaikan lagu Ombak Rindu, yang didedikasikan kepada Allahyarham Zara Qairina.
Sebagai seorang ibu, Adira berkata dia turut merasai kedukaan itu dan berharap ibu Allahyarham tabah serta keadilan ditegakkan untuk arwah.
Sebelum menutup segmennya dengan lagu Ilusi, yang menjadi runut bunyi drama Awan Dania 3, Adira mengakui hatinya mudah tersentuh apabila berbicara soal anak-anak.
Kemunculan penyanyi muda sensasi Indonesia, Ziva Magnolya, menjadi antara yang paling dinanti. Dikenali sejak Indonesian Idol musim ke-10, penyanyi berusia 24 tahun itu tampil comel dengan busana serba hitam sebelum membuka persembahan dengan lagu Cukup.
Malah, Ziva turut mencuit hati penonton apabila cuba menyebut “Selamat Datang” dalam bahasa Kadazandusun atau ‘Kopisanangan’. Walaupun agak sukar, usahanya disambut meriah oleh penonton tempatan.
Dikenali dengan suara unik dan kekuatan interpretasinya saat menyanyikan setiap bait lirik lagu, penampilan sulung Ziva di Kota Kinabalu tidak hanya dinantikan oleh peminatnya di Sabah, tetapi ada juga datang dari Sarawak dan Brunei.
Ziva kemudian mempersembahkan rangkaian lagu popular termasuk Terlukis Indah, Peri Cintaku, Terbaik atau Baik sebelum ditutup dengan Pilihan Yang Terbaik.
Tepat pukul 11.32 malam, kemunculan bintang utama yang dinanti, Andmesh Kamelang, mengembalikan adrenalin penonton. Membawa kumpulan muziknya sendiri, Andmesh membuka segmen dengan Ku Mau Dia dan Jangan Rubah Takdirku.
Tidak salah untuk dikatakan, majoriti penonton hadir khusus untuk menyaksikan penampilannya. Mesra dengan peminat, Andmesh meneruskan persembahan dengan Senyumlah sebelum menutup dengan Cinta Luar Biasa.
Namun, empat lagu ternyata tidak cukup. Meskipun sudah tengah malam, penonton enggan berganjak dan meminta pemilik suara emas itu agar menambah lagu.
Tersentuh dengan kesetiaan itu, Andmesh akhirnya akur dan menambah dua lagu yang sinonim dengan dirinya, Hanya Rindu dan Anugerah Terindah.
Konsert menutup tirainya pada pukul 12.35 tengah malam dengan kemunculan semua artis di pentas, menandakan penghujung malam penuh emosi dan kegembiraan.
Selain persembahan artis, hos terkenal negara Didie Alias turut mencuri perhatian sebagai pengacara. Rakan artis lain tidak ketinggalan memberikan sokongan, antaranya, juara OIAM musim kedua Ayu Damit dan Siti Saedah, penyanyi yang juga serta kakak kepada Biduanita Negara, Datuk Siti Nurhaliza.