Penternak babi mahu perincian pampasan, jaminan pasaran sebelum beralih bidang

LocalBusiness & Finance
1 May 2026 • 4:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 MEI: Persatuan Penternak Babi Kuala Langat menyambut baik hasrat Kerajaan Selangor untuk membantu penternak beralih ke bidang lain, namun mahu perincian lanjut mengenai pampasan dan hala tuju pasaran yang bakal diceburi.

Pengerusinya, Chuwa Leng Kee berkata pihaknya mahu memahami lebih mendalam mengenai pilihan yang ada sekiranya mereka perlu bertukar kepada sektor pertanian atau penternakan lain seperti lembu atau kambing.

"Kami sedia beralih bidang tetapi kami perlukan jaminan pasaran. Siapa pula pembeli dan kumpulan sasar nanti?" katanya kepada edia Selangor.

Menurut beliau, ramai penternak telah melaburkan modal besar untuk menaik taraf fasiliti moden sebelum ini.

Justeru, beliau berharap peralatan tersebut dapat diadaptasi untuk kegunaan ternakan lain bagi mengelakkan kerugian besar kepada pengusaha.

Chuwa turut menjelaskan bahawa tempoh pertumbuhan babi yang mengambil masa hampir setahun memerlukan masa transisi yang lebih panjang berbanding ternakan ayam.

Beliau memohon ruang untuk menghabiskan stok sedia ada serta pampasan sewajarnya agar penternak tidak hilang mata pencarian.

Pada 28 April, Dato’ Menteri Besar berkata pentadbiran negeri akan melaksanakan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. yang tidak mahu ada ladang menternak babi di negeri ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri juga akan memberi perhatian kepada isu kebajikan penternak yang juga rakyat Selangor dengan membantu mereka beralih kepada sumber pendapatan yang lain.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved