Penternak jangka harga ayam meningkat disebabkan peningkatan tarif air bermula 1 Februari depan

27 Jan 2024 • 3:26 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Peningkatan tarif air di seluruh negara yang akan bermula pada 1 Februari depan dijangka akan memberi kesan kepada harga ayam di pasaran.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Dr. Nasiman Sapari, peningkatan kos utiliti ini akan menyebabkan kos pengeluaran ayam meningkat daripada 40 sen kepada 48 sen seekor.

Kos ini, yang meliputi 7.2 peratus berbanding pengeluaran ayam RM6.53 sekilogram seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), dijangka akan meningkat antara 11 hingga 20 peratus.

Justeru, kos utiliti pengeluaran ayam dijangka meningkat sekurang-kurangnya 25 sen sekilogram.

Dr. Nasiman berharap harga ayam boleh ditingkatkan kepada RM10 sekilogram bagi menghadapi peningkatan kos ini dan memperoleh pendapatan tambahan sekitar RM1 hingga RM2.

Menurut beliau, penternak kini perlu menanggung kos utiliti termasuk bil air dan elektrik sehingga RM10,000 bergantung kepada saiz reban.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved