‘Penting bebas jajahan mental’

LocalPolitics
15 Sep 2024 • 7:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Kemerdekaan bukan sahaja bermaksud bebas daripada penjajahan fizikal tetapi juga penjajahan mental akibat pengaruh media sosial yang berleluasa ketika ini.

Justeru, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini terutama dalam kalangan golongan muda.

“Jangan biarkan diri kita dan generasi kini terperangkap dalam penjajahan fikiran akibat terpengaruh dengan sentimen dan fahaman sesat yang memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.

“Saya menyeru ibu bapa dan guru memainkan peranan dalam membebaskan generasi hari ini daripada pengaruh buruk teknologi yang memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah.