Penting Jaga Kebersihan Mulut, Tompok Putih Pada Lidah Petanda Kesihatan Tak Terjaga

30 Oct 2022 • 7:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau gosok gigi, jangan lupa gosok lidah juga

Penting Jaga Kebersihan Mulut, Tompok Putih Pada Lidah Petanda Kesihatan Tak Terjaga. Rata-rata tabiat golongan yang tidak menjaga kebersihan mulut atau ketagihan rokok boleh menjurus kepada perubahan yang tidak menyenangkan pada lidah.

Lebih teruk lagi, keadaan sebegini boleh menjadi petanda kepada individu yang berkemungkinan menghidapi penyakit tertentu boleh membawa maut.

Tompok putih dan bintik kecil di bahagian mulut dan lidah mungkin secara kasar tidak berbahaya, namun ia boleh memberi petunjuk terhadap kesihatan individu secara keseluruhan.

image is not available
Penting Jaga Kebersihan Mulut, Tompok Putih Pada Lidah Petanda Kesihatan Tak Terjaga

Bintik putih boleh dikikis

Tompok putih di bahagian lidah boleh dibersihkan menggunakan berus gigi dan keadaan ini boleh mengakibatkan seriawan mulut atau dikenali sebagai kandidiasis mulut, sejenis kulat pada mulut.

Menurut Pakar Perubatan National Health Service (NHS) Dr Rachel Ward, keadaan ini sering dikaitkan dengan pedih, rasa tidak enak dan kesukaran makan dan minum.

Katanya walaupun sariawan mulut perkara biasa dan mudah dirawat, ia akan berulang dan timbul satu lagi masalah kesihatan asas seperti sistem imun terganggu.

Tompok putih pada lidah dan dalam mulut

Tompok putih pada lidah dikenali sebagai Leukoplakia. Situasi ini disebabkan kerana merokok, kebanyakannya tidak berbahaya namun boleh menjadi prakanser dan perlu pemeriksaan lanjut doktor gigi atau doktor.

image is not available
Gambar hiasan

Ulser mulut

Ulser dalam mulut dan lidah biasa terjadi, bahkan ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya dalam beberapa hari. Jika anda mempunyai ulser yang tidak sembuh atau benjolan pada lidah, kemungkinan menjadi petanda kanser mulut dan harus segera jumpa doktor.

Lidah geografi

Situasi seperti lidah gergaasi akan muncul secara tiba-tiba apabila lidah kelihatan seperti ada peta garis besar. Ini adalah keadaan biasa dan tidak serius namun amat memedihkan jika makan buah sitrus atau makanan pedas. Untuk mencegahnya, anda boleh elakkan makanan yang boleh mengundang rasa pedih.

image is not available
Gambar hiasan

Lidah berbulu

Sebenarnya seseorang yang mengalami lidah berbulu tidak mempunyai bulu pada lidah. Namun, istilah ini adalah untuk menggambarkan benjolan kecil yang tidak normal pada permukaan lidah.

Situasi ini agak lazim dalam jangka masa pendek dan tidak berbahaya. Ia terjadi akibat kekurangan rangsangan pada bahagian atas lidah menyebabkan terlalu banyak bakteria atau pertumbuhan yis dalam mulut.

Bakteria terkumpul pada unjuran bulat kecil dipanggil papila terletak di sepanjang lidah. Pada tahap terukm papila boleh membesar 15 kali ganda panjang normal dan ia kelihatan seperti rambut.

image is not available
Gambar hiasan

Lagi maklumat menarik tentang penjagaan kesihatan, baca di sini:

View Original Article