‘Penting untuk faham kehidupan asnaf tanpa menghina mereka’ – NGO

2 Apr 2024 • 8:33 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini, beberapa gambar keadaan rumah asnaf yang didapati berada dalam keadaan kotor dan tidak terurus.

Menurut individu yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan kediaman itu, mereka terkejut melihat keadaan kediaman itu.

“Termenung bila melihat rumah asnaf yang diminta kami cuci. Melihat keadaan rumahnya, hanya Allah yang tahu apa yang terdetik di hati bila tengok rumah sebegini,” katanya.

Perkongsian gambar-gambar itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen.

image is not available

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, organisasi badan bukan kerajaan (NGO) Skuad Prihatin Kemiskinan, dalam satu kenyataan di Facebook tampil meminta orang ramai tidak menghina asnaf tersebut.

Menurut kenyataan itu, individu yang menyebarkan gambar-gambar itu tidak mendapat kebenaran dari mereka untuk disebarkan di mana-mana platform media sosial.

“Kami dimaklumkan bahawa gambar rumah keluarga asnaf tersebut telah disiarkan (tanpa kebenaran). Kami mengupah individu berkenaan untuk membersihkan rumah asnaf tersebut dan gambar itu kini dikongsi ramai di media sosial tanpa konteks.

“Pertama sekali, adalah penting untuk memahami konteks kehidupan asnaf ini tanpa menghina mereka. Kisah sebenar keluarga ini akan dikongsikan di kemudian hari.

“Kedua, bukan niat kami untuk berkongsi foto tersebut kepada umum. Gambar-gambar itu hanya untuk memberi gambaran keadaan rumah yang perlu mereka bersihkan. Tambahan pula, gambar-gambar itu dikongsi tanpa persetujuan kami,” katanya.