Penubuhan MWKN Bagi Memperkasa Wanita Dan Perkukuh Keluarga

20 Oct 2023 • 11:57 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN) pada awal tahun ini bagi memperkasakan wanita dan menolak diskriminasi gender.

Dalam satu Mesyuarat MWKN yang dipengerusikan oleh Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri semalam, beberapa kertas bagi memperkasakan wanita telah dibentangkan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Antara kertas yang dibentangkan ialah Advokasi Antigangguan Seksual (AGS), Pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2022-2025 di Peringkat Negeri.

Manakala kertas terakhir yang dibentangkan ialah Kajian Mengenai Penilaian Pelaksanaan Inisiatif Sekurang-kurangnya 30% wanita di Peringkat Pembuat Keputusan di Malaysia.

image is not available

Foto: Facebook Nancy Shukri

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan KPWKM, Datuk Aiman Athirah Sabu dan Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff.

MWKN juga merupakan platform kepada pihak berkepentingan untuk memberikan pandangan dan idea bagi memperkasakan wanita disamping mengukuhkan institusi keluarga dengan meluas dan komprehensif.

image is not available

Foto: Facebook Hajah Nancy

Selain daripada itu, MWKN juga berfungsi sebagai platform yang menetapkan hala tuju, dasar serta strategi berkaitan pemerkasaan wanita serta pengukuhan institusi keluarga.

Pada masa yang sama, MWKN memberi nasihat serta syor berkaitan isu wanita dan keluarga disamping memastikan isu-isu penting berkaitan wanita dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi.