Penubuhan Pusat Tingkatan 6 Di Universiti Tak Jejas Sekolah – KPM

LocalPolitics
23 Jun 2025 • 11:34 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa sekolah Tingkatan 6 sedia ada tidak akan diketepikan setelah menubuhkan pusat khas Tingkatan 6 di dua universiti tempatan.

Pusat tingkatan 6 tak jejas sekolah

image is not available

Foto: Astro Awani

Memetik laporan Free Malaysia Today, Kementerian Pendidikan prihatin terhadap kebimbangan segelintir kumpulan pendidik berhubung peruntukan dan pengambilan guru untuk projek rintis terbabit.

“Peruntukan pembiayaan dan perancangan tenaga kerja akan terus berpandukan data serta prinsip kesaksamaan bagi memastikan tiada sekolah diketepikan.

“Sokongan dan penambahbaikan berterusan untuk sekolah sedia ada kekal menjadi keutamaan kementerian,” kata KPM, baru-baru ini.

Kenyataan ini dibuat sebagai maklum balas bekaitan Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka yang menzahirkan rasa kurang senang apabila terdapat beberapa sekolah Tingkatan 6 sudah bergelut dengan kekurangan guru dan infrastruktur yang lemah.

Pengerusinya, Mak Chee Kin turut mempersoalkan sama ada sumber untuk projek itu datang daripada universiti atau KPM.

“Mengapa mereka tidak menggunakan sumber sama untuk sekolah Tingkatan 6 sedia ada?” soalnya.

image is not available

Foto: Mypt3

Dalam perkembangan sama, KPM memaklumkan penubuhan pusat itu tidak memberi sebarang kesan kepada pengagihan sumber kepada sekolah lain.

Berhubung kebimbangan Mak mengenai pengambilan guru, KPM berkata, satu kumpulan khusus guru STPM berpengalaman sudah ditugaskan ke pusat itu dan sebarang penugasan semula akan “diuruskan dengan teliti” untuk mengelakkan sekolah sedia ada terjejas.

Difahamkan tujuan penubuhan pusat itu bukan untuk menggantikan atau mengurangkan keutamaan bagi sekolah Tingkatan 6 sedia ada melainkan membantu pelajar bagi mendapatkan pendidikan yang terbaik.

Sumber: Free Malaysia Today (Kim Osman)