“Penuh Pinggan Macam Bukit” – Ramai Puji Penjual Beri Saiz Hidangan Besar Kepada Pelanggan [Video]

LocalFood
30 Dec 2024 • 6:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap mereka yang bergelar peniaga restoran sudah tentu mengambil kira jumlah keuntungan dalam setiap jualan. Namun kadangkala pemilik kedai terlalu mementingkan harga daripada kualiti yang ditawarkan.

Ia kemudian membuatkan para pelanggan berasa kecewa dengan setiap juadah diterima kerana dikatakan tidak berbaloi dengan harga dibayar.

Pun begitu, masih ramai di antara golongan tersebut ikhlas dalam pekerjaan yang mana mereka mengamalkan konsep sedekah dalam berniaga.

Kedai Makan Nasi Bukit Padang Jawa Hidang Juadah Penuh 1 Pinggan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nurulsunflower) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nurul berkongsi beberapa juadah yang dibeli bersama keluarganya di kedai makan Nasi Bukit Padang Jawa sekitar Shah Alam.

Kebiasaannya, orang ramai akan diberi portion (saiz hidangan) seorang makan bagi setiap menu dipesan. Namun lain pula di gerai makan itu apabila peniaga memberikan makanan yang begitu banyak kepada pelanggannya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan menu nasi goreng yang dipesan dihidangkan penuh dalam satu pinggan yang besar. Kalau anda lihat sendiri, memang banyak betul makanan itu.

image is not available
Sumber: TikTok (@nurulsunflower)

Nasi putih yang dipesan dan diminta dalam kuantiti separuh juga kelihatan banyak. Tidak nampak langsung seperti ia dikurangkan. Difahamkan, kebanyakan juadah di sana berharga lebih kurang RM15 dan ke bawah.

“Berat weh pinggan, makcik tu relax je,” kata Nurul di ruangan komen.

Menurut Nurul, dia berasa kenyang sehingga keesokan harinya selepas menikmati makanan itu. Alhamdulillah, nama kedai sama seperti servisnya. Restoran Nasi Bukit, hidangan pun saiz ‘bukit’.

@nurulsunflower Malas nk edit..enjoy je la eh..asyik fyp je nasi bukit ni..ramai yg mention suh gi sbb aku kuat makan..akhirnye sampai🤭🤭#nasibukitpadangjawa #viral ♬ France・Paris・Street corner・Musette Waltz(1310247) – Akihiro Kasuga

Ramai Puji Pemilik Kedai Tak Berkira Beri Makanan Yang Banyak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji pemilik kedai yang ikhlas berniaga kerana memberikan saiz hidangan yang begitu besar.

“Siapa yang nak bawa keluarga besar tapi nak jimat sangat berbaloi makan dekat sini. Satu pinggan gunung macam ni boleh 3-4 orang makan,” kata seorang individu.

Malah segelintir individu juga dilihat tertarik dan ingin mengunjungi kedai makan tersebut tidak lama lagi. Beberapa orang pelanggan berkata Nasi Bukit Padang Jawa menjadi lokasi pilihan mereka setiap kali mahu berjimat.

Sementara itu, ramai tidak terlepas menitipkan doa agar peniaga dimurahkan rezeki berpanjangan.

“Semoga pemilik kedai ni dilimpahkan rezeki selalu seperti air zam zam yang mengalir. Amin,” kata seorang pengguna TikTok.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@nurulsunflower)

Source: