Penuh stail! Blake Lively & Gigi Hadid hidupkan watak Deadpool & Wolverine

25 Jul 2024 • 5:00 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Matchy-matchy!  Siapa kata costumes couple hanya untuk pasangan sahaja? Lihat sahaja gaya aktres terkenal Blake Lively dan Gigi Hadid semasa tayangan perdana filem Deadpool di New York City, kedua-dua bintang ini mengejutkan semua orang dengan pakaian bertema Deadpool dan Wolverine yang luar biasa.

Mungkin ada yang menjangka Blake Lively akan berpakaian sepadan dengan suaminya, Ryan Reynolds, yang memainkan watak utama sebagai Deadpool dalam filem itu. Namun, aktres tersebut mengambil keputusan berbeza untuk menjadikan acara ini sebagai peluang sempurna untuk momen “besties” yang mengagumkan bersama Gigi Hadid. Gabungan gaya dan keberanian dua wanita ikonik ini jelas menjadikan malam itu satu memori yang sukar dilupakan!

Kombinasi unik: Blake Lively sebagai Deadpool, Gigi Hadid sebagai Wolverine

image is not available
Kredit: IG Vancityreynold

Untuk menyokong suaminya, aktres terkemuka ini mengenakan pakaian yang sepenuhnya bertemakan Deadpool. Blake dilihat memakai bodysuit Versace khas berwarna merah ceri dengan hiasan bunga bertekstur, yang jelas direka untuk meniru sut lateks merah Deadpool.

Seperti sut watak tersebut, bodysuit Lively meliputi sepenuhnya kasut tumit tingginya serta tangan dan lengannya, seperti sarung tangan. Namun, berbeza dengan sut Deadpool, pakaian aktres itu menampakkan bahunya. Turut menggayakan aksesori gelang berbentuk ular, anting-anting besar, dan tas tangan yang direka bentuk menyerupai senjata flail zaman pertengahan, Blake tampil memukau dari head-to-toe!

image is not available
Kredit: IG Deadpoolmovie

Meskipun busana Blake agak jelas temanya, Gigi Hadid lebih memilih untuk membawa gayanya tersendiri dalam menyampaikan mesej karakter Wolverine tersebut. Busana daripada Miu Miu tersarung indah di badan Gigi yang turut dilengkapi topi kulit kerchief dan skirt yang sepadan dengan tali pinggang lebar.

Sedikit berbeza dengan ‘bestie-nya’, Gigi menambahkan pelbagai aksesori perhiasan, dengan beberapa gelang tebal di setiap tangan, ditambah dengan kalung emas berlapis-lapis, anting-anting emas besar, dan gelang kaki berlian.

Gaya ‘after-party’ Blake dan Gigi

image is not available
Kredit: Glamour

Blake Lively dan Gigi Hadid kemudian meneruskan tema Deadpool & Wolverine dengan pakaian mereka semasa pesta selepas tayangan eksklusif filem tersebut. Setelah mengagumkan ramai dengan penampilan mereka di karpet merah, kedua-dua bintang ini sekali lagi mencuri perhatian dengan pilihan fesyen yang unik dan berani.

Blake yang sebelumnya menggayakan bodysuit merah ceri, kini menukar pakaiannya kepada gaun mini lateks berwarna biru muda. Cukup menarik! Gaun ini dihiasi dengan hiasan bunga merah terang di leher dan hem, memberikan sentuhan segar dan unik kepada keseluruhan penampilannya.

Di sebelahnya, Gigi tidak kurang hebatnya dengan pilihan fesyen yang berani. Model terkenal ini mengenakan kot trench lateks berwarna kuning cerah yang separa lut sinar, memberikan penampilan yang anggun dan moden. Kot ini dipakai dengan tali pinggang, menjadikannya kelihatan seperti gaun.

Jelas sekali penampilan dua wanita hebat ini daripada awal sesi karpet merah hingga pesta akhir ini bukan sahaja berjaya menghidupkan watak Deadpool dan Wolverine, tetapi juga mempamerkan impak mereka dalam bringing the spotlight kepada watak-watak ini melalui pilihan fesyen yang menarik dan luar biasa.

Moga artikel ini bermanfaat bagi anda semua.

Kredit: TeenVogues, Hollywood News

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia


(Kredit gambar Hero dan Featured: People, IG @/vancityreynolds

The information in this article is accurate as of the date of publication.