Penuhi hajat terakhir isteri menderma organ

LocalHealth & Fitness
6 Aug 2026 • 2:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penuhi hajat terakhir isteri menderma organ

KUALA TERENGGANU – Pembantu Tadbir Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menunaikan hasrat terakhir awah isterinya yang meninggal dunia pada malam tadi untuk menjadi penderma organ.

Raja Muhammad Raja Ali, 45, berkata, organ arwah isterinya, Romaizam Marzuan, 44, yang akan didermakan ialah buah pinggang, hati, tulang dan injap jantung.

“Pembedahan pemindahan organ sedang berlangsung di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bermula pada pukul 3 pagi tadi dan dijangka berakhir pukul 7 malam ini.

“Saya difahamkan buah pinggang dan hati arwah isteri (Romaizam) sudah mempunyai penerima dengan organ akan terus dihantar ke Kuala Lumpur pada hari ini juga,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Raja Muhammad berkata, arwah isterinya, Romaizam yang meninggal dunia selepas tiga hari tidak sedarkan diri akibat komplikasi asma pernah menyatakan hasrat untuk menderma organ beberapa tahun lalu.

Katanya, arwah isterinya yang merupakan Penolong Akauntan Pejabat Bendahari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memberitahu telah mendaftar sebagai penderma organ bersama tiga adiknya.

“Saya terus membuat pengesahan di HSNZ bagi memenuhi hasrat terakhir arwah isteri selepas berbincang dengan anak-anak dan ahli keluarga. Harap semoga organ yang didermakan ini dapat memberi manfaat kepada insan memerlukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Penuhi hajat terakhir isteri menderma organ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved