
Kota Kinabalu: Para penulis di Malaysia dipelawa menyertai Festival Puisi Esei Antarabangsa 2022 yang diadakan pada 23-25 September depan
Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa), Datuk Jasni Matlani, berkata festival itu terbuka kepada semua penulis yang berminat dan pihak penganjur mengenakan yuran penyertaan pada kadar yang berpatutan sebagai komitmen dan bagi membantu menjayakan program berkenaan.
“Sebagai penganjur, kami tidak dapat mengelak daripada mengenakan yuran penyertaan, kerana kos pengurusan festival itu dan program sastera kini semakin tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
