Penulis Lirik Tersohor, Bob Lokman Meninggal Dunia

23 Sep 2022 • 3:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohd Hakim Lokman (Bob Lokman) - Gambar Bob Lokman Instagram

Penulis lirik tersohor, pengacara dan pelawak, Bob Lokman telah meninggal dunia hari ini pada usia 58 tahun.

Difahamkan Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan jantung dan bergantung kepada alat bantuan jantung (Automatic Cardioverter Defibrillator IADC).

Sepanjang hayatnya, beliau telah menghasil lirik lagu-lagu ikonik seperti 'Isabella' (Search), 'Taman Rashidah Utama' (Wings), 'Rendang Tak Berbuah' (Hattan), 'Kerana Cinta' (Exist) dan banyak lagi. 

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. – Getaran, 23 September 2022