Penumpang bas ditinggalkan lewat satu minit

20 Sep 2023 • 4:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penumpang mengejar bas yang meninggalkannya kerana lewat satu minit menerusi tangkap layar video di TikTok pada Rabu.

SHAH ALAM - Seorang penumpang ditinggalkan pemandu bas sebuah syarikat swasta kerana didakwa lambat menaiki kenderaan berkenaan selama satu minit dari waktu operasi perkhidmatan yang dijadualkan.

Menerusi video tular berdurasi 27 saat di TikTok, lelaki tersebut dilihat berlari dan memanggil pemandu berkenaan yang baharu sahaja bergerak meninggalkan stesen, namun tidak diendahkan.

Menurut seorang pengguna yang memuat naik video itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan menuju ke Melaka.

“Waktu kejadian, bas dijadualkan bergerak jam 9 malam. Seminit selepas itu, pemandu terus tutup pintu dan saya maklumkan mengenai lelaki berkenaan tetapi tidak peduli.

“Kesian sangat, pemandu bas tinggal begitu sahaja penumpang sedangkan boleh sahaja berhenti,” katanya.

Hantaran video berkenaan mendapat reaksi orang ramai yang kurang berpuas hati dengan sikap pemandu bas tersebut kerana disifatkan seolah-olah tidak bertimbang rasa.

Selain itu, terdapat juga pengguna TikTok yang turut berkongsi pengalaman sama ditinggal dan dimarahi oleh pemandu syarikat sama.

Tinjauan di ruangan komen mendapati pengguna berpendapat kemungkinan pemandu bas itu marah kerana sudah lama menunggu penumpang.

“Teruknya, langsung tidak beri peluang kepada penumpang, mungkin ada sebab dia terlewat satu minit,” kata Apang.

“Serik naik bas itu, saya cakap baik-baik, namun dimarahnya semula. Sakit hati,” kata Pakk Derr.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved