Penumpang bot tergaman ‘disapa’ buaya besar

Environment
23 Jul 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penumpang bot tergaman ‘disapa’ buaya besar

JAKARTA – Sekumpulan penumpang sebuah bot berdepan cetik cemas apabila seekor buaya besar tiba-tiba muncul di permukaan Sungai Berau, wilayah Kalimantan Timur, lapor agensi berita Radar Kaltim.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, reptilia pemangsa itu  dilihat berenang di permukaan air tidak jauh dari laluan bot. 

Kemunculan lembaga hitam bersaiz besar itu mengejutkan para penumpang sebelum mereka merakamkan detik mendebarkan berkenaan.

Setakat ini, lokasi spesifik kejadian serta anggaran saiz sebenar buaya tersebut masih belum dapat disahkan.

Bagaimanapun, kejadian ini memberi peringatan kepada masyarakat, khususnya pengguna pengangkutan sungai dan nelayan, agar sentiasa berwaspada apabila menjalankan aktiviti di perairan Sungai Berau. – AGENSI

The post Penumpang bot tergaman ‘disapa’ buaya besar appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved