Penumpang MRT Nyanyi Lagu ‘Tanggal 31’ Bersama-Sama Raih Perhatian [Video]

Music
1 Sep 2023 • 1:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tidak dinafikan apabila mengenang sejarah lalu disaat negara dijajah sehingga ia berjaya mendapatkan kemerdekaan pasti akan mengundang pelbagai perasaan.

Malah lebih menyentuh hati apabila individu yang turut berjuang berhabis-habisan hingga ke titisan darah terakhir itu adalah antara nenek moyang kita.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu memupuk semangat patriotik yang cintakan negara kerana suatu masa dahulu ia telah mengorbankan banyak nyawa demi nikmat yang dirasai pada hari ini.

Tular video penumpang MRT nyanyi lagu kemerdekaan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan segelintir penumpang yang menyanyikan lagu kemerdekaan ketika berada di dalam MRT.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Darrel noel di TikTok, awalnya kelihatan penumpang di dalam sebuah gerabak di MRT sedang menyanyikan lagu kemerdekaan yang bertajuk ‘Tanggal 31’.

‘Tanggal 31’ merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal suatu masa dahulu iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Siap bawa bendera Malaysia

Dalam video itu, turut kelihatan beberapa penumpang turut membawa bendera jalur gemilang dan tudung bercorak seperti bendera.

Mereka menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat dan kelihatan kesemua individu dalam MRT itu gembira sambil merakam detik indah itu.

“Saya berada di dalam MRT pada hari ini, tiba-tiba terdapat satu kumpulan menyanyikan lagu kemerdekaan.

“Apa yang lebih mengagumkan nyanyian yang dibawa mereka sangat harmoni.

“Jadi saya sebagai seorang Sabahan yang suka menyanyi pun terikut untuk nyanyi bersama-sama,” ujar Darrel.

Meskipun ada yang duduk dan berdiri ketika di dalam MRT itu namun setiap antara mereka tidak melepaskan peluang untuk nyanyi bersama-sama.

@deleosem

was in an MRT today..suddenly this group of lovely people sing a merdeka song…surprisingly their voice were so harmony 😍 jdi, as a sabahan yg suka mnyanyi, siaa pun mau join jga laa😝😍 #merdeka #malaysian #31ogos #choir

♬ original sound – Darrel Noel – Darrel Noel

Turut bersorak ‘Merdeka’ di akhir nyanyian

Bukan hanya itu, mereka turut bersorak ‘Merdeka’ di akhir lagu itu sebelum menepuk tangan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan itu kerana ia kelihatan sangat harmoni.

Malah ada yang semua penumpang yang berada dalam kenderaan awam itu ‘supporting’.

“Lain macam semangat rakyat Malaysia, semoga Malaysia terus teguh! Malaysia Madani”

image is not available

“Comelnya rakyat Malaysia”

image is not available

“Terbaiklah”

image is not available

“Lain macam sambutan merdeka tahun ni”

image is not available

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved